Saturday 29 December 2012

#094: Gambar-gambar Kem Master Trainer

Ky_Yap's Kem Master Trainer album on Photobucket

#093: Kem Mater Trainer (23-24 Dec 2012)

Sempena cuti sekolah ni, kami Master Trainer Resources telah menganjurkan Kem Peningkatan Prestasi Diri bertempat di Nur Lembah Pangsun Resort, Hulu Langat. Kem kali ini bertujuan untuk melatih crew-crew dan facilitator yang baru supaya mereka lebih memahami tentang tugas masing-masing. Sementara itu, kami juga mencuri masa untuk memanjakan diri dalam kolam air dan merelakskan diri sendiri. Walaupun ahli yang hadir tidak ramai, tetapi kami amat berharap supaya setiap ahli yang hadir dapat menerapkan nilai-nilai dan semangat pada diri masing-masing dalam menjalankan tugas pada masa akan datang nanti. 3 hari lagi, kita semua akan menyambut tahun yang baru-2013. Kami Master Trainer Resources memohon maaf sekiranya kami ada buat apa-apa salah selama 2012 ini. Kami akan cuba meningkatkan prestasi kami pada masa akan datang nanti. Semoga kita berjumpa lagi pada tahun 2013 nanti. See ya!!

Wednesday 10 October 2012

#090: Gambar-gambar SK Bukit Jelutong

#089: Program Keremajaan SK Bukit Jelutong (10 Oktober 2012)

Sebulan sebelum ini kita berjumpa untuk program pecutan akhir sebelum menghadapi peperiksaan UPSR. Tapi kali ini amat berlainaan. Berjumpa dengan penceramah yang sama tetapi tanpa sedar murid-murid darjah 6 SK Bukit Jelutong telah mendekati alam remaja. Oleh itu, kami telah dijemput untuk menjalankan program keremajaan di sekolah tersebut. Dalam masa yang diperuntukkan, kami telah menyemai sebanyak mungkin nilai-nilai murni dan sikap yang baik dalam setiap murid. Tidak lupa juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada cik penceramah kita, Kak Rahmah yang sudi menghulurkan pertolongan kepada kami. Dalam program ini, kami juga sempat menjalankan mini explorace di sekitar sekolah. Pelbagai drama telah berlaku dan ia amat menyeronokkan sekali. Dalam masa 2 bulan lagi, murid-murid ini akan melangkah ke alam remaja. Oleh sebab itu, kami di sini akan sentiasa berdoa untuk adik-adik supaya terus maju dalam masa depan dan selamat maju jaya.

Sunday 7 October 2012

#087: Gambar-gambar LADAP SMK Puchong Jaya (A)

#086: Ladap Guru SMK Puchong Jaya (A) (6 Oktober 2012)

Sebelum ini mengendalikan Kem Pengawas yang diadakan di Kem An-Naim, Hulu Langat. Kali ini giliran guru-guru SMK Puchong Jaya (A) pula. Walaupun cuma dijalankan selama setengah hari sahaja, tetapi telah membawa banyak manfaat dan  faedah kepada para guru. Memang tidak boleh dipercayai tetapi guru-guru sekolah ini lagi aktif daripada muridnya. Setiap guru telah memgambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan dan amat gembira sekali para guru. Memang tidak dapat menggunakan satu perkataan untuk menerangkan kegembiraan dan keseronokkan para guru sepanjang aktiviti ladap ini dijalankan. Amat bertuah SMK Puchong Jaya (A) mempunyai para guru yang hebat-hebat belaka. Usaha dan titik peluh para guru dalam melahirkan murid yang cemerlang akan sentiasa dikenangkan dan tidak sesekali dilupakan.

Saturday 29 September 2012

#083: Gambar-gambar SMK PP 18(1)

#082: Talk SMK Putrajaya Presint 18(1) (28 September 2012)

Program yang dipenuhi dengan kejutan. Amat berterima kasih kepada Cikgu Shahida yang telah ditukarkan dari SMK Bukit Jelutong ke SMK Putrajaya Presint 18(1). Walaupun telah pergi jauh dari kawasan Shah Alam tetapi beliau masih tidak melupakan kami. Kami telah dipanggil untuk memberi motivasi kepada murid-murid Tingkatan 3. Pada pagi tersebut, kami telah bertolak pada jam 6.30 pagi menuju ke Putrajaya. Kami telah berjaya menemui sekolah ini pada pkl 7.00 tanpa kesesakan dan kesesatan jalan. Padahal sesi motivasi mula pada jam 8.00 pagi. Suasana sekolah yang aman damai dan amat selesa sekali. Talk yang diberikan sepatutnya cuma dibenarkan selama 2 jam, tanpa apa-apa halangan, sesi motivasi ini telah dijalankan dari pukul 8 hingga habis sekolah. Hal ini telah membuktikan bahawa program kali ini dijalankan dengan berjaya sekali dan para murid amat 'enjoy' program kali ini. Program ini ditamatkan dengan satu kejutan. Sebenarnya sesi kali ini telah dijanjikan sebagai percubaan sahaja tanpa sebarang bayaran tetapi kami telah dianugerahkan sedikit ganjaran sebelum tinggalkan sekolah tersebut. Ribuan terima kasih kepada Cikgu Shahida sekali lagi dan berharap kita boleh jumpa lagi. Tidak lupa juga ucapan semoga berjaya kepada para murid Tingkatan 3 semasa menghadapi peperiksaan yang akan dijalankan 10 hari lagi nanti.

Saturday 22 September 2012

#079: Gambar-gambar SMK SUBEST

#078: Talk SMK SUBEST (PMR) (21 September 2012)

Talk motivasi yang amat menyeronokkan sekali. Para murid tidak habis gelaknya dari mula hingga habis talk. Ada pula yang sampai tidak ingin nak balik rumah walaupun bunyi loceng telah lama dibunyikan. Berbagai-bagai bunyi gelak boleh didengari di seluruh pusat sumber sekolah SUBEST; ada yang gelak tanpa berhenti, ada yang sampai terbaring atas meja, dan ada juga yang bertahan gelaknya. Walaupun begitu, talk ini tetap membawa maklumat yang bermakna dan berfaedah kepada murid sekalian. PMR masih lagi tinggal 17 hari. Kami amat berharap semua calon PMR dapat memanfaatkan 17 hari ini dengan baik sekali dan akhir sekali ucapan semoga berjaya tulus ikhlas dari pihak kami.

Friday 14 September 2012

#076: Gambar-gambar SMK SSAAS

#075: Talk SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) (12 September 2012)

Slot motivasi bersama dengan murid tingkatan 2 malah slot ini cuma dikhaskan kepada murid lelaki sahaja. Pengalaman yang sungguh menyeronokkan bersama dengan para murid ini. Mereka telah memberi komitmen dan kerjasama yang tinggi sepanjang program ini dijalankan. Amat berterima kasih kepada guru kaunselor SMK SSAAS kerana sudi menjemput kami untuk mengendalikan program 'HIJRAH' ini. Walaupun cuma tingkatan 2 tapi pastikan semangat ini diterukan hingga ke peperiksaan PMR tahun depan malah SPM dan selanjutnya. Seperti yang dijanjikan, semoga berjumpa lagi sekirannya mempunyai rahmat.

Thursday 13 September 2012

#074: Video SK Bukit Jelutong

#073: Video SK Seksyen 27(2)

#072: Fasa Ke-3 SK Seksyen 27(2) (8 September 2012)

Perjumpaan dengan adik-adik darjah 6 sekali lagi sebelum peperiksaan UPSR dijalankan. Sungguh membanggakan kerana adik-adik sekalian telah bersedia untuk menempuh halangan meraka yang akan diadakan pada 11 September 2012. Adik-adik talah memberi kerjasama yang baik kepada kami. Selama talk ini dijalankan, ada yang 'enjoy', ada yang seronok, ada yang telah menitis air matanya. Suasana yang sungguh mengharukan.  Kami, Master Trainer, di sini, akan sentiasa berdoa untuk kejayaan adik-adik. Semoga Berjaya!!!

Sunday 9 September 2012

#071: Gambar-gambar SK Bukit Jelutong

#070: Slot Motivasi SK Bukit Jelutong (6 September 2012)

Bukan kali pertama berjumpa dengan adik-adik darjah 6 SK Bukit Jelutong. Tapi kali ini agak berlainan kerana tempat perjumpaan di UiTM Shah Alam. Suasana yang selesa dan besar. Slot pertama sebelum ceramah-ceramah subjek dimulakan. Adik-adik amat 'enjoy' dengan motivasi tersebut. Semoga apa yg diberikan kepada adik-adik sekalian dapat  membantu mereka berjaya dalam peperiksaan UPSR nnt.

Saturday 18 August 2012

#069: Hari Raya Aidilfitri 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat yang akan menyambut Hari Raya pada keesokan hari. Kami ingin memohon maaf sekiranya kami pernah terkasar bahasa, tersilap tutur dan tersilap perbuatan kami sepanjang tahun ni. Maaf, Zahir dan Batin!!!

Monday 13 August 2012

#067: Gambar-gambar Pecutan UPSR

#066: Pecutan UPSR (5 Ogos 2012)

Satu seminar yg diadakan untuk murid-murid UPSR bagi sekolah-sekolah sekitar Shah Alam. Untuk tahun ini, kami telah berjaya menjalankan program ini di Auditorium University Tenaga Nasional (UNITEN). Ucapan tahniah dan ribuan terima kasih kepada murid-murid yang telah menyertai program ini walaupun diadakan pada bulan ramadhan ni. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah kita pada kali ini iaitu Cikgu Rahman dan Cikgu Saiful kerana sudi menyampaikan ceramah Bahasa English dan Metematik pada hari yang indah itu. Dengan kerjasama daripada semua pihak, program ini dijalankan dengan jaya sekali. Murid-murid UPSR tetap mendapat input yang besar melalui program kali ini. Semoga Berjaya daripada pihak Master Trainer!!!

Saturday 14 July 2012

#064: Gambar-gambar Bukit Kerayong

#063: Penduduk Bukit Kerayong (14 Julai 2012)

Sehari bersama penduduk Bukit Kerayong. Syabas dan tahniah kepada rakan JKKK kerana berjaya 'mengadakan' hari yang penuh makna bagi masyarakat Bukit Kerayong. Walaupun bertindih program dengan sekolah berhampiran namun kerjasama penduduk amat terserah. Semuanya bermuafakat dan anak-anak mendapat berkat. Alhamdullilah bersama calon-calon peperiksaan memang menyeronokkan. Sepanjang aktiviti semuanya ceria dan bertenaga. Anak kampung hebat, anda boleh menuju puncak. Kata mesti dikota. Insyaallah.

#062: Gambar-gambar SK Lembah Jaya

#061: SK Lembah Jaya (12 Julai 2012)

Menunaikan hasrat rakan untuk memberi sedikit sumbangan kepada adik-adik di SK Lembah Jaya. Pengalaman manis. Mereka berbudaya ilmu, bersemangat dan ceria. Insyaallah kejayaan bersama anda. JUMPA LAGI!!!

Sunday 8 July 2012

#060: Gambar-gambar SK Batu 9 Cheras

#059: SK Batu 9 Cheras ( 8 Julai 2012 )

Motivasi yang sungguh bermakna sekali yang dijalankan SK Batu 9, Cheras. Slot selama 2 jam. Para peserta gelak tidak habis-habisan sepanjang program ini. Ia merupakan suatu cara untuk melepaskan tekanan sambil belajar. Pastinya para peserta akan tukarkan cara belajar yang lebih menyeronokkan selepas ini. Dan tidak lupa juga mengucapkan selamat kembali kepada Cik Ain Zubaidah atas kehadiran beliau walaupun cuma beberapa jam sahaja.

#058: Gambar-gambar SMKS1BK

#057: Talk SMK Seksyan 1 Bandar Kinrara (7 Julai 2012)

Dijemput oleh Ckg Faridah ( Kaunselor SMKS1BK ) untuk mengisi slot ceramah selama 2 jam. Slot ini dijalankan pada waktu malam. Berasa amat penat selepas menghabiskan program pada waktu petang hari yang sama. Kami tetap bertahan untuk memenuhi permintaan seorang kawan yang selalu menghulurkan bantuan kepada kami apabila kami perlukannya. Tidak akan kami lupakan kawan setia ini.

#056: Gambar-gambar SK USJ 12

#055: SK USJ 12 ( 4 Julai 2012 )

Kem Kepimpinan Gabungan Unit Beruniform yang dijalankan di sekolah selama 8 jam. Cabaran telah bermula sejak memijak masuk ke sekolah ini. Berdepan dengan para peserta yang agak manja dan suasana yang tidak mengizinkan. Tidak pernah berputus asa. Kami telah berjaya menyampaikan segala ilmu kepada para peserta dengan harapan mereka dapat berjaya suatu hari nanti. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada masa yang akan datang.

Sunday 1 July 2012

#053: Gambar-gambar SMVSB

#052: Sekolah Menengah Vokasional Sungai Buloh (30 Jun 2012)

Hari terakhir bagi bulan Jun. Dijemput oleh guru kaunselor SMVSB untuk menjalankan program pemantapan diri bagi murid tingkatan 4 & 5. Hari yang agak penat selepas kem SMK Convent Klang selama 3 hari 2 malam. Walaupun begitu, semangat yang membara daripada murid SMVSB telah menghilangkan keletihan dan tekanan sebelum ini. Mereka telah memberi perhatian yang sepenuhnya dengan harapan dapat berjaya suatu hari nanti. Usaha itu adalah kunci kejayaan. Maka  berusahalah bersungguh-sungguh dan pasti anda akan berjaya.

#051: Gambar-gambar SMK Convent Klang

#050: SMK Convent Klang (27-29 Jun 2012)

Jemputan daripada Pn. Sarimah untuk mengendalikan Kem Kepimpinan Gabungan Unit Beruniform 2012 bertempat di Kem Banyu Manis, Kuala Selangor. Pesertanya terdiri daripada semua perempuan. Masalah dapat diselesaikan dengan bantuan fasi dari Politeknik Shah Alam. Amat berterima kasih atas bantuan kalian. Walaupun kem ini semua perempuan tetapi para wirawati kita telah berjaya mengharungi segala cabaran dan tugasan yang diamanahkan. Ucapan tahniah kepada semua sekali!

Wednesday 27 June 2012

#049: Gambar-gambar SMK Puchong Jaya (A)

#048: SMK Puchong Jaya (A) (22-23 Jun 2012)

Tahniah kepada para pengawas SMK Puchong Jaya (A) kerana telah berjaya melaksanakan tugas dengan baik sepanjang kem ini. Usaha yang membina dan semangat yang tidak pernah berputus asa. Kami amat menghargai kerjasama ini dan amat terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam kem ini. Terus berjuang dan semoga berjaya!!!

#047: Gambar-gambar LDP SMK SUBEST

#046: LDP Cikgu-Cikgu SMK SUBEST (23 Jun 2012)

Gempak sekali cikgu-cikgu SMK Subang Bestari. Tidak dapat disangka bahawa cikgu lagi aktif daripada murid-murid sekalian. Mungkin disebabkan tekanan di sekolah ataupun tempat kerja. Walau bagaimanapun, usaha cikgu-cikgu tetap akan dikenang di hati. Berjuanglah untuk melahirkan insan generasi depan yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran.

Friday 22 June 2012

#044: Gambar-gambar SK Bandar Sri Damansara 1

#043: SK Bandar Sri Damansara 1 (16-17 Jun 2012)

Semangat yang amat menggempakkan daripada murid-murid SKBSD1. Kem Kepimpinan 2012 bagi unit pengawas, pebimbing rakan sebaya, pengawas pusat sumber dan pengawas sukan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta memberi kerjasama yang sepenuhnya. Kami amat menghargainya. Selamat Bertugas bagi pemimpin-pemimpin negara kita pada masa yang akan datang. BERJUANG BERSAMA-SAMA!!!

Wednesday 20 June 2012

#042: Gambar-gambar SK Padang Jawa

#041: SK Padang Jawa (16-17 Jun 2012)

Kem ini amat mencabar bagi para fasi. Murid-murid yang mesra dan teruja. Walau bagaimanapun, objektif utama kem ini adalah meningkatkan prestasi peperiksaan UPSR murid darjah 6 2012. Oleh yang demikian, Master Trainer Resources mendoakan agar murid darjah 6 SK Padang Jawa dapat melakukan yang terbaik dan berusaha gigih. Amat berharap nilai-nilai yang dipelajari melalui kem ini dapat diterapkan dalam hati setiap murid.


#040: Pecutan UPSR

Tarikh: 15 Julai 2012
Masa: 8.00a.m.-5.00p.m.
Tempat: Dewan Auditorium UNITEN
Bayaran: RM 38

Setiap murid yang mengambil peperiksaan UPSR digalakkan untuk menyertainya. Kepada sesiapa yang ingin  nak pergi, sila tulis nama dan beritahu sekolah mana.

Wednesday 6 June 2012

#039: Gambar-gambar SK Bandar Kinrara 2

#038: SK Bandar Kinrara 2 (26-27 Mei 2012)

Kali pertama Master Trainer Resources membawa sekolah berkampung di Kem ABC , Janda Baik selama 2 hari 1 malam. Pemandangan yang cantik  dan suasana yang sungguh indah sekali. Tidak lupa juga murid-murid SK Bandar Kinrara yang telah memberikan 100% perhatian dalam kem ini. Usaha ini amat kami hargai. Ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dan telah memberikan kerjasama sepenuhnya  dalam kem kali ini.  Kalau ada rezeki, bolehlah kita berjumpa lagi.  

Monday 4 June 2012

#037: Video SK Sri Andalas


#036: SK Sri Andalas (7-8 Apr 2012)

Hari yang sama dengan SK Puchong Utama 2 dan juga menjalankan kursus yang sama iaitu kursus kepimpinan. Tidak dapat membandingkan antara kedua-dua buak sekolah ini kerana masing-masing telah menunjukkan sikap yang baik. Cuma satu perkataan yang boleh menggambarkan semangat SK Sri Andalas- GEMURUH!!

#035: Video SK Puchong Utama 2


#034: SK Puchong Utama 2 (6-8 Apr 2012)

Perjuangan yang tinggi daripada adik-adik yang hebat dari SK Puchong Utama 2. Kem kepimpinan yang dijalankan selama 3 hari berharap dapat menerapkan nilai-nilai dalam setiap pemimpin kita. Berusaha menjalankan tanggungjawab masing-masing dan meneruskan perjuangan anda walau di mana anda berada!!