Monday 28 May 2012

#027: Video SK Seksyen 27(2)

#026: SK Seksyen 27(2) (25-27 Mei 2012)

Bengkel UPSR yang dijalankan selama 3 hari di Singgah Santai Resort. Usaha yang bagus daripada murid-murid darjah 6 yang melibatkan diri. Mereka telah memberi komitment yang tinggi dalam menjayakan program ini. Master Trainer Resources di sini ingin mengucapkan semoga berjaya dalam UPSR nanti dan juga dalam masa akan datang. 

Tuesday 22 May 2012

#025: Gambar-gambar SK Bandar Sri Damansara 1

#024: SK Bandar Sri Damansara 1 (20 Mei 2012)

Sepanjang program motivasi ini, murid-murid telah memberi perhatian yg sepenuhnya dan perkara ini amat dihargai. Mereka telah berjuang beramai-ramai demi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang penting nanti; UPSR!! Dengan adanya semangat ini pada murid-murid, mereka pasti akan berjaya suatu hari nanti. Semoga Berjaya!!

Sunday 20 May 2012

#023: Video SMKBBSB (PRS)


#022: SMKBBSB (PRS) (23-24 Mac 2012)

Semangat yang membara datang daripada PRS SMK Bandar Baru Sungai Buloh. Menjalankan setiap aktiviti dengan bersungguh-sungguh dan tidak pernah berasa gentar. Teruskan semangat ini walaupun di mana anda berada. Terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini. Jumpa lagi tahun depan!!

Thursday 17 May 2012

#021: Gambar-gambar SAMTTAR

#020: Sek.Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (17-19 Feb 2012)

Apa yg boleh dicoret hanya satu perkataan, HEBAT!!! Segalanya ada pada setiap langkah juang para pengawas sesi 2012. Kita lakukan aktiviti di luar kotak pemikiran. Ternyata. Anda boleh lakukan. Hanya dengan FOKUS. Teruskan kehebatan panglima-panglima dan panglimawati SAMTTAR. Semoga muncul di antara anda pemimpin yang hebat .

#019: Video SMK Seri Serdang


#018: SMK Seri Serdang (23-24 Mac 2012)

70 peserta dari pelbagai unit-PRS/PSS/AADK/SLAD telah menyertai program dua hari satu malam di Air Tenag, Janda Baik. Tibanya mereka tidak setenag di lokasi yang tenang. Semangat yg membara,sedia diuji. Seolah-olah mereka ini kecanduan ilmu. Pastinya amat menyeronokan dalam buku tahunan sy. SMK Seri Serdang tidak pernah mengecewakan setiap kali saya mengendalikan program bersama mereka. Jumpa lagi tahun depan.

#017: Gambar-gambar SK Pelabuhan Klang


#016: SK Pelabuhan Klang (3 Mei 2012)

Amat memberangsangkan. Hebat! Itulah ucapan yg sesuai  utk adik-adik pemimpin muda SK Pelabuhan Klang. Sehari yang suntuk kita beraktiviti. Hasilnya keterujaan kalian terserlah. Amat beruntung. Mempunyai guru-guru yang best. Lagi-lagi guru besar yang amat peka dan penuh kasih sayang. Semoga jumpa lagi adik-adik SK Pelabuhan Klang.GEMURUH JIWA...SEMANGAT MEMBARA..

#015: Video SK Bandar Baru Sungai Buloh


#014: SK Bandar Baru Sungai Buloh (8-9 Feb 2012) (28-29 Feb 2012)

Seramai 300 peserta telah menyertai program ini(pemantapan upsr)..Dibahagi kepada 2 kumpulan.Peserta berkampung di SINGGAH SANTAI RESORT selama 2 hari dengan pelbagai aktiviti dan pengisian yang mantap.....Adik-adik SK Sungai Buloh sentiasa dalam ingatan..Semoga berjaya dengan cemerlang....I'ALLAH....

Wednesday 16 May 2012

#013: Gambar SMK Dato Bahaman Pahang




#012: SMK Dato Bahaman Pahang (16-18 Apr 2012)

Mindset yang dijalankan di SMK Dato Bahaman Pahang selama 3 hari bagi murid PMR, SPM dan STPM. Amat sedih kerana tidak dapat turut serta dalam aktiviti kali ini. Faci yang pergi cuma Abg Shah, Ain, Ryzal dan Alep. Dengar cerita mereka telah berjalan-jalan di pasar malam Pahang tetapi balik dengan tangan kosong sahaja. Sampai hati mereka tu. Walaupun begitu, tujuan utama mereka pergi ke Pahang adalah untuk memberi semangat kepada para murid yang bakal menduduki peperiksaan penting nanti. Semoga murid-murid yang mengikuti kursus dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dan terus berjaya dalam kehidupan masing-masing.

#011: Gambar-gambar SMK Bandar Baru Sungai Buloh

#010: Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh (13-14 Apr 2012)

Apakah tugas sebagai seorang pengawas pusat sumber sekolah? Berdasarkan pengetahuan anda, pengawas pusat sumber cuma mengemas buku, memproseskan buku, menguruskan peminjaman serta pemulangan buku dan segala tugas yang berkaitan dengan pusat sumber. Orang lain selalu ingat kerja ini sangat mudah dan  senang dilakukan. Oleh itu, pengawas pusat sumber selalu diberi pandangan insan yang lembik.Sebenarnya TIDAK. Pengawas pusat sumber SMK Bandar Baru Sungai Buloh telah memberi contoh yang baik. Mereka berusaha gigih dalam setiap aktiviti yang dijalankan dan memberi komitmen yang sepenuhnya dalam menyelesaikan setiap tugas. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak pernah berputus asa dengan mudah sekali.
 *Setiap individu akan diberi jawatan yang berbaza, sekiranya kita berusaha untuk melakukan kerja tersebut, pasti akan berjaya suatu hari nanti.

#009: Gambar SK (2) Simpang Lima



#008:SK (2) Simpang Lima Klang (21-22 Apr 2012)

Jemputan daripada Juara Minda Consultancy untuk membantu dalam perkhemahan murid-murid SK (2) Simpang Lima. Pengalaman yang baru bagi murid-murid kerana perkhemahan kali ini diadakan di bekas tapak Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terletak di Kuala Kubu Bharu. Tempat ini memang 'TERBAIK'. Walaun bagaimanapun, ia boleh dikatakan  sebagai satu persiapan bagi murid-murid untuk menerima latihan dalam PLKN selepas habis sekolah menengah nanti. Anda semua boleh lakukan!!!

Tuesday 15 May 2012

#007: Gambar SK Seksyen 9


#006: SK Seksyen 9 Kota Damansara (24 Mac 2012)

Kem yang dijalankan selama separuh hari di sekolah. Walaupun masa yang singkat tetapi sungguh bermakna kepada murid-murid. Seperti biasa, senamrobik dijalankan sebaik saja kami sampai di sekolah SK Seksyen 9 dengan diiringi oleh Abg Shah sebanyak 6 buah lagu. Masih kuat lagi Abg Shah walaupun umur sudah melanjut. Sebaik habis ice breaking dan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan, potensi diri yang dinanti-nantikan telah mendapat sambutan hangat daripada murid-murid. Semua murid yang paling perasan telah menonjolkan diri mereka. Harap-harap sikap ini akan diteruskan hingga dewasa nanti. Tidak ketinggalan juga ucapan tahniah kepada murid-murid kerana berjaya mengatasi segala cabaran explorace dan mini fear factor yang disediakan khas untuk anda.

#005: Gambar PPIM Daerah Klang


#004: PPIM Daerah Klang (27-29 Apr 2012)

Ucapan tahniah kepada adik-adik PPIM peringkat Daerah Klang yang berjaya mengharungi pelbagai rintangan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti explorace(mini fear factor) dan tidak lupa juga aktiviti merentas halangan. Walaupun adik-adik semua gerun untuk memasuki halangan yang terakhir iaitu halangan berpaya.Namun , adik-adik semua berani menyahut cabaran kami dan meneruskan juga demi mencapai kejayaan.Usaha itu perlu dipraktikkan oleh setiap adik dalam diri masing-masing.Kenangan bersama adik-adik sangat indah dan tidak akan kami lupakan. Insya allah kalau ada rezeki kita akan berjumpa lagi. Kami, Master Trainer Consultancy mngucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Monday 14 May 2012

#003: Gambar-gambar SMK Bandar Kinrara 1

#002: SMK Bandar Kinrara 1 (30 Mac-1 Apr 2012)

Kenangan yang manis bersama dengan murid SMK Bandar Kinrara 1. Terima kasih kepada semua yg telah memberi kerjasama yg sepenuhnya bagi menyempurnakan kem kali ini. Kenangan yang tidak dilupakan semasa menjalankan explorace dan mini fear factor. Ada yg berjaya mengharungi segalanya dan ada jgk yang telah berusaha. Terutamanya kepada adik asyiqeen yang telah mengatasi fobianya utk menciumkan katak yang comel sekali. Haha.  Semoga apa yang telah dijalankan dapat membantu setiap murid untuk mengatasi cabaran dan dugaan yang lebih susah pada masa akan datang.

#001: Post yang PERTAMA

Blog yang terbaru bagi Master Trainer Consultancy (MTC)!! Dan juga orang yg terbaru untuk menyiapkan blog ini, Kalo ada apa-apa kekurangan, sila maafkan dan sabar je la.