Wednesday 16 May 2012

#010: Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh (13-14 Apr 2012)

Apakah tugas sebagai seorang pengawas pusat sumber sekolah? Berdasarkan pengetahuan anda, pengawas pusat sumber cuma mengemas buku, memproseskan buku, menguruskan peminjaman serta pemulangan buku dan segala tugas yang berkaitan dengan pusat sumber. Orang lain selalu ingat kerja ini sangat mudah dan  senang dilakukan. Oleh itu, pengawas pusat sumber selalu diberi pandangan insan yang lembik.Sebenarnya TIDAK. Pengawas pusat sumber SMK Bandar Baru Sungai Buloh telah memberi contoh yang baik. Mereka berusaha gigih dalam setiap aktiviti yang dijalankan dan memberi komitmen yang sepenuhnya dalam menyelesaikan setiap tugas. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak pernah berputus asa dengan mudah sekali.
 *Setiap individu akan diberi jawatan yang berbaza, sekiranya kita berusaha untuk melakukan kerja tersebut, pasti akan berjaya suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment