Saturday 29 September 2012

#083: Gambar-gambar SMK PP 18(1)

#082: Talk SMK Putrajaya Presint 18(1) (28 September 2012)

Program yang dipenuhi dengan kejutan. Amat berterima kasih kepada Cikgu Shahida yang telah ditukarkan dari SMK Bukit Jelutong ke SMK Putrajaya Presint 18(1). Walaupun telah pergi jauh dari kawasan Shah Alam tetapi beliau masih tidak melupakan kami. Kami telah dipanggil untuk memberi motivasi kepada murid-murid Tingkatan 3. Pada pagi tersebut, kami telah bertolak pada jam 6.30 pagi menuju ke Putrajaya. Kami telah berjaya menemui sekolah ini pada pkl 7.00 tanpa kesesakan dan kesesatan jalan. Padahal sesi motivasi mula pada jam 8.00 pagi. Suasana sekolah yang aman damai dan amat selesa sekali. Talk yang diberikan sepatutnya cuma dibenarkan selama 2 jam, tanpa apa-apa halangan, sesi motivasi ini telah dijalankan dari pukul 8 hingga habis sekolah. Hal ini telah membuktikan bahawa program kali ini dijalankan dengan berjaya sekali dan para murid amat 'enjoy' program kali ini. Program ini ditamatkan dengan satu kejutan. Sebenarnya sesi kali ini telah dijanjikan sebagai percubaan sahaja tanpa sebarang bayaran tetapi kami telah dianugerahkan sedikit ganjaran sebelum tinggalkan sekolah tersebut. Ribuan terima kasih kepada Cikgu Shahida sekali lagi dan berharap kita boleh jumpa lagi. Tidak lupa juga ucapan semoga berjaya kepada para murid Tingkatan 3 semasa menghadapi peperiksaan yang akan dijalankan 10 hari lagi nanti.

Saturday 22 September 2012

#079: Gambar-gambar SMK SUBEST

#078: Talk SMK SUBEST (PMR) (21 September 2012)

Talk motivasi yang amat menyeronokkan sekali. Para murid tidak habis gelaknya dari mula hingga habis talk. Ada pula yang sampai tidak ingin nak balik rumah walaupun bunyi loceng telah lama dibunyikan. Berbagai-bagai bunyi gelak boleh didengari di seluruh pusat sumber sekolah SUBEST; ada yang gelak tanpa berhenti, ada yang sampai terbaring atas meja, dan ada juga yang bertahan gelaknya. Walaupun begitu, talk ini tetap membawa maklumat yang bermakna dan berfaedah kepada murid sekalian. PMR masih lagi tinggal 17 hari. Kami amat berharap semua calon PMR dapat memanfaatkan 17 hari ini dengan baik sekali dan akhir sekali ucapan semoga berjaya tulus ikhlas dari pihak kami.

Friday 14 September 2012

#076: Gambar-gambar SMK SSAAS

#075: Talk SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) (12 September 2012)

Slot motivasi bersama dengan murid tingkatan 2 malah slot ini cuma dikhaskan kepada murid lelaki sahaja. Pengalaman yang sungguh menyeronokkan bersama dengan para murid ini. Mereka telah memberi komitmen dan kerjasama yang tinggi sepanjang program ini dijalankan. Amat berterima kasih kepada guru kaunselor SMK SSAAS kerana sudi menjemput kami untuk mengendalikan program 'HIJRAH' ini. Walaupun cuma tingkatan 2 tapi pastikan semangat ini diterukan hingga ke peperiksaan PMR tahun depan malah SPM dan selanjutnya. Seperti yang dijanjikan, semoga berjumpa lagi sekirannya mempunyai rahmat.

Thursday 13 September 2012

#074: Video SK Bukit Jelutong

#073: Video SK Seksyen 27(2)

#072: Fasa Ke-3 SK Seksyen 27(2) (8 September 2012)

Perjumpaan dengan adik-adik darjah 6 sekali lagi sebelum peperiksaan UPSR dijalankan. Sungguh membanggakan kerana adik-adik sekalian telah bersedia untuk menempuh halangan meraka yang akan diadakan pada 11 September 2012. Adik-adik talah memberi kerjasama yang baik kepada kami. Selama talk ini dijalankan, ada yang 'enjoy', ada yang seronok, ada yang telah menitis air matanya. Suasana yang sungguh mengharukan.  Kami, Master Trainer, di sini, akan sentiasa berdoa untuk kejayaan adik-adik. Semoga Berjaya!!!

Sunday 9 September 2012

#071: Gambar-gambar SK Bukit Jelutong

#070: Slot Motivasi SK Bukit Jelutong (6 September 2012)

Bukan kali pertama berjumpa dengan adik-adik darjah 6 SK Bukit Jelutong. Tapi kali ini agak berlainan kerana tempat perjumpaan di UiTM Shah Alam. Suasana yang selesa dan besar. Slot pertama sebelum ceramah-ceramah subjek dimulakan. Adik-adik amat 'enjoy' dengan motivasi tersebut. Semoga apa yg diberikan kepada adik-adik sekalian dapat  membantu mereka berjaya dalam peperiksaan UPSR nnt.